Kursus Asas Keusahawanan Dan Marketing Fb Ads
2 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 1 Oktober 2017 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjur Kursus Asas Keusahawanan dan Marketing FB Ads di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Kursus ini berlangsung dari pukul 9:00 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Seramai 10 orang belia mengikuti kursus ini. Kursus yang dijalankan selama 3 jam 30 minit ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan PI, Taklimat Asas Keusahawanan, Pengenalan FB Ads dan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan eWaste.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI Kg. Bandong kepada belia terutamanya dari kawasan Sibu. Para peserta juga dapat mempromosi perniagaan mereka dengan menggunakan FB Ads.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: