Program Cabaran eKelas
15 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2017 yang lalu, Maxis eKelas telah mengajurkan Program Cabaran eKelas di PI Bandong dari jam 9:00 pagi sehingga jam 6:00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1,11 orang pelajar Tingkatan 2 dan 22 orang pelajar Tingkatan 3 yang menyertai program tersebut. Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang hari tersebut ialah menjawab set soalan Matematik dan Sains secara atas talian.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu mempersediakan para pelajar sebelum peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menguji tahap pemahaman para pelajar terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: