Kelas Asas Microsoft Office 2013 Dan Internet
15 January 2018 | Aktiviti TerkiniPada 12 hingga 14 Februari 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Office 2013 dan Internet yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Kelas ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1 tengahari dan pada sebelah petang pula, pukul 2 petang sehingga 4 petang.
Seramai 5 orang peserta yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Internet dan pengenalan kepada aplikasi Microsoft Office (Word, Powerpoint, Excel) serta cara menggunakanny.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta cara menggunakan aplikasi Microsoft Office 2013 dan Internet dengan betul serta melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi. Selain itu, kelas ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain ketika menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: