Program Advokasi Sk Abang Ali
20 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2018, Khamis, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong telah menganjurkan Program Advokasi di SK Abang Ali Sibu yang bertempat di makmal komputer sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.
Beberapa staf dari PI yang terdekat seperti PI Sibujaya, PI Rantau Panjang, PI Seduan dan PI Ng Sekuau juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 111 orang pelajar tahun 5 dan 7 orang guru terlibat sama dalam Program Advokasi ini. Program Advokasi yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada PI dan Advokasi, Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, Taklimat Buli Siber dan Permainan atas talian, Taklimat maklumat palsu dan Oversharing, pengenalan terhadap Online Grooming serta Taklimat Check Your Label dan Mobile eWaste.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: