Kelas Asas Microsoft Office Dan Internet
05 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 November 2018, Ahad yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Office dan Internet yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 6 jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 5:00 petang. Seramai 3 orang peserta yang mengikuti kelas tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah membuat risalah menggunakan Microsoft Word, asas pengiraan menggunakan Microsoft Excel, membina slide perbentangan menggunakan Microsoft Powerpoint dan pengenalan kepada internet. Diharap melalui aktiviti seperti ini, para peserta memperoleh ilmu yang bermanfaat dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: