Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Untuk Pusat Internet 1 Malaysia (Fasa 2)
18 January 2018 | Aktiviti TerkiniPada 12 hingga 14 Jan 2018 yang lalu, pihak Nera Infocom (M) Sdn. Bhd dengan kerjasama UITM Sarawak telah mengadakan Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian untuk PI (Fasa 2) yang bertempat di Open University Malaysia (OUM) Cawangan Sibu dan University College of Technology Sarawak (UCTS). Seramai 20 orang kakitangan PI Zon Sentral Sibu yang mengikuti kursus ini.
Kakitangan PI didedahkan dengan kepentingan penyediaan Rancangan Perniagaan dan cara membuat Rancangan Perniagaan yang terbaik untuk membantu para usahawan di PI kelak. Selain itu, kakitangan PI juga diperkenalkan dengan Web Shaper yang digunakan untuk membangunkan laman e-commerce untuk produk-produk usahawan.
Kursus ini diadakan untuk menyediakan kakitangan PI bagi memberi tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan untuk menjalakan perniagaan mereka supaya lebih kompetitif dan seterusnya menguna pakai pasaran IT dalam memasarkan produk dan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: