Program Motivasi Maxis Dan Perhilitan

21 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2018, Isnin, pihak Maxis eKelas telah mengadakan Program Motivasi bersama pelajar eKelas bertempat di Bilik Latihan PI Kg. Bandong. Program ini bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 2:00 petang. Seramai 22 orang pelajar eKelas yang terlibat dengan program tersebut.Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa orang ibu bapa peserta program.

Antara pengisian program ialah pengenalan kepada portal eKelas dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), sesi latihan bersama Learning Port, Pertandingan Melukis dan Mewarna Hidupan Liar serta aktiviti berkumpulan. Program ini mendapat maklumbalas positif daripada para peserta dan diharap akan ada lagi program sebegini pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali