Lawatan Sambil Belajar Ke PI Kg. Bandong
15 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2018, Isnin, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar ke PI Kg. Bandong bersama Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Nangka Bandong dan Abang Barieng Sibu. Seramai 15 orang kanak-kanak tabika yang menyertai lawatan tersebut dengan diiringi oleh 2 orang guru pengiring bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tabika tentang pengetahuan berkaitan teknologi maklumat di samping memberi pengalaman baru kepada mereka untuk mengenal dunia ICT dan komputer serta cara penggunaannya. Mereka juga didedahkan kaedah pembelajaran baru iaitu e-Learning seperti mengenal ABC secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: