Kelas Asas Microsoft Word Dan Excel 2013
14 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2018 yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word Dan Excel 2013 yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg Bandong. Kelas ini bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 4:00 petang. Seramai 2 orang peserta dari golongan belia yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Word, Microsoft Excel dan penerangan ringkas tentang Program eWaste.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta dengan penggunaan Microsft Excel dan Word 2013. Peserta juga didedahkan dengan faedah adanya program eWaste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: