eKelas Sains dan Matematik Minggu 18

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2019, Sabtu, seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas tuisyen Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.

Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, bagi subjek Sains,para pelajar berpeluang mempelajari topik tentang pengawetan makanan, sistem pembiakan manusia, kesan daya dalam kehidupan, , kereaktifan logam serta cahaya dan penglihatan.
Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dibuat ialah membuat peta buih kaedah pengawetan makanan,aktiviti perbezaan ovum dan sperma, mencipta model kelas tuas, aktiviti akronim kereaktifan logam dan aktiviti penyerakan cahaya.

Manakala, untuk subjek Matematik, antara topik yang dipelajari adalah pengurusan data, teorem pythagoras, graf fungsi, garis lurus dan bumi sebagai sfera bahagian 2.
Selain itu, para pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 juga diberikan soalan kuiz semasa kelas berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali