Program eUsahawan
22 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2019, Ahad, seramai 8 orang usahawan telah menghadiri program eUsahawan di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Program tersebut bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 4:30 petang. Para peserta di bawah bimbingan Liza iaitu pelatih eUsahawan.
Antara pengisian program ialah taklimat eUsahawan, penggunaan Facebook dan Instagram sebagai platform promosi atas talian serta pendedahan kepada aplikasi membuat video promosi dan mengedit gambar seperti Powtoon, MakeUpPlus, dan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan teknik copywriting dalam mempromosikan produk jualan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: