eKelas Sains dan Matematik Minggu 8 Penggal Kedua

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 April 2019, Sabtu yang lepas, seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada minggu ini, para pelajar berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti berkumpulan seperti melukis model sistem respirasi manusia, membina model fasa-fasa bulan, membina elektrolisis air, membina litar elektrik di atas kertas dan banyak lagi. Para pelajar memberi respon positif terhadap aktiviti yang diadakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali