eKelas Sains dan Matematik Minggu 11

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2019, Sabtu yang lepas, seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pada minggu ini, pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 menghadiri kelas seperti biasa dan membuat aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Manakala, bagi pelajar yang yang bakal menjalani ujian PT3 dan SPM tahun ini, minggu ini adalah minggu ulangkaji bersama cikgu eKelas. Pelajar eKelas juga didedahkan dengan LearningPort.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali