ORIENTASI EKELAS SESI 2019 MINGGU KEDUA

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 dan 26 Januari 2019 yang lepas, sesi orientasi minggu kedua untuk pelajar eKelas 2019 telah diadakan di Pusat Internet Kg. Bandong. Seramai 40 orang pelajar yang telah menghadiri sesi tersebut yang tediri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Para pelajar menghadiri sesi tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu mengikut kelas masing-masing.

Antara pengisian yang dijalankan ialah sesi taklimat tentang Program eKelas , dan taklimat tentang aktiviti yang akan diadakan sepanjang kelas berlangsung. Para guru eKelas berpeluang berinteraksi dan mengenali para pelajar dengan lebih baik. Selain itu, pembahagian kumpulan untuk setiap kelas turut diadakan bagi memudahkan aktiviti berkumpulan berjalan lancar untuk kelas-kelas seterusnya. Sesi orientasi ini bertujuan untuk memudahkan pelajar eKelas memahami konsep pembelajaran eKelas dan diharap para pelajar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali