Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word Kumpulan 2

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word bagi Kumpulan 2 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang dewasa.

Antara pengisian kelas adalah Taklimat pengenalan PI, Pengenalan kepada program Advokasi, asas komputer dan cara menggunakan Microsoft Word. Peserta diberikan latihan asas menaip dan penulisan karangan dengan menggunakan Microsoft Word.

Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara memasukkan dan mengubah jadual dalam Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali