Kelas Kemahiran Insaniah (Softskills) dan Advokasi
1 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 29 Februari 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Kemahiran Insaniah (Softskills) dan Advokasi bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sesi pertama adalah perkongsian topik Advokasi iaitu Kawal Selia Kendiri. Sesi ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang tips dan kebaikan kawal diri selia kendiri dalam menggunakan internet.
Manakala bagi sesi kedua iaitu sesi kemahiran insaniah (softskill), para pelajar diberikan tugasan menyelesaikan teka silang kata. Tahap kemahiran pelajar dinilai berdasarkan tahap pemahaman menerima arahan, kerjasama dan kreativiti dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: