Penilaian Microsoft Office

15 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Februari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Penilaian Microsoft Office bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Penilaian tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia lepasan SPM. Sepanjang sesi penilaian, peserta dikehendaki menjawab soalan berkaitan Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint.

Para peserta juga perlu membuat risalah menggunakan Microsoft Word dan slaid perbentangan menggunakan Microsoft PowerPoint berpandukan tema yang telah diberi. Di akhir sesi penilaian, para peserta membentangkan slaid perbentangan masing – masing yang bertemakan tempat-tempat menarik di Malaysa. Selain itu, ditayangkan juga video berkaitan program advokasi dan Klik Dengan Bijak. Penilaian ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang sesi Kursus Asas Komputer iaitu bermula Januari 2020 sehinggalah bulan Februari 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali