Kelas Asas Microsoft PowePoint dan Internet Kumpulan 1

6 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Februari 2020, Rabu, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Internet bagi Kumpulan 1 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang dewasa yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki.

Antara pengisian kelas adalah pengenalan kepada Microsoft Powerpoint dan cara memasukkan media, animation dan transition ke dalam slaid perbentangan. Peserta juga didedahkan dengan cara menggunakan Google Maps dan Youtube. Selain itu, perkongsian tentang topik penipuan kewangan atas talian juga didedahkan. Diharap dengan perkongsian ini, para peserta dapat berwaspada semasa berada di atas talian dan mengelakkan diri daripada terjebak dengan jenayah siber tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali