Kelas Asas Microsoft Word Kumpulan 2

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2020, Sabtu, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word bagi Kumpulan 2 yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 7 orang dewasa yang terdiri daripada surirumah dan pelajar lepasan SPM.

Antara pengisian kelas adalah penggunaan ilustrasi dalam Microsoft Word seperti gambar, objek, wordArt dan SmarArt. Peserta diberikan latihan membuat risalah untuk menguji pemahaman terhadap apa yang telah dipelajari sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penyebaran maklumat palsu dan fungsi Portal Sebenarnya.my dalam mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat yang tular di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali