Kelas Asas ICT dan Advokasi Sempena Cuti Sekolah

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Jun 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas ICT dan Advokasi sempena cuti sekolah yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh sepuluh orang pelajar sekolah.

Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan komputer dan cara menaip yang betul. Selain itu, peserta turut diajar asas penggunaan PowerPoint dan dibimbing bagi cara pengunaan internet dengan betul dan selamat. Disamping itu, peserta juga turut diperkenalkan dengan kempen Klik Dengan Bijak.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali