Kelas Asas ICT dan Advokasi Sempena Cuti Sekolah

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas ICT dan Advokasi sempena cuti sekolah yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh sepuluh orang pelajar sekolah.

Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Words. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan asas design dengan menggunakan platform Canva. Disamping itu, peserta juga turut didedahkan dengan kesan dan cara mengatasi buli siber.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali