Program Accelerate - Memacu Perniagaan Diterajui Wanita

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2022, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Program Accelerate - Memacu Perniagaan Diterajui Wanita yang bermula dari pukul 10:00 pagi petang sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 5 orang peserta.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang asas perniagaan dan keusahawanan khususnya kepada para wanita yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Antara yang didedahkan ialah asas kemahiran digital, perniagaan dan literasi kewangan.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali