Kelas Asas Canva dan Advokasi

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Canva dan Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh lima orang pelajar sekolah.

Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Canva. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan program Klik dengan Bijak. Peserta diberi tugasan membuat poster dan menawap kuiz setelah selesai sesi pembelajaran.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali