Sembang Santai MIVO 3 Sesi 1

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2022, Sabtu, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai MIVO 3 sesi 1 pada pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 3 dari seluruh Malaysia. Dalam sesi ini, sukarelawan MIV dibimbing cara melaksanakan program dan diberi pendedahan tentang pelaksanaan MIV yang lepas.

Pihak penganjur juga menyediakan bahan untuk kegunaan sukarelawan di samping melancarkan lagi pelaksanaan program itu nanti. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan para sukarelawan juga berpeluang menimba pengalaman yang berharga sebagai sukarelawan MIV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali