Kelas Asas Microsoft Excel

21 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2022, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta lepasan STPM.

Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara penggunaan Microsoft Excel dan pengiraan ringkas. Selain itu, peserta juga diberikan latihan Excel bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali