Kelas Asas Microsoft Office dan Internet

22 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Office dan Internet yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh enam orang pelajar sekolah.

Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Selain itu, peserta juga dibimbing cara menggunakan internet dengan betul. Antara aktiviti lain adalah perkongsian tentang topik pengantunan dalam talian.

Diharap apa yang telah dipelajari dapat menjadi panduan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali