Kelas Asas Komputer dan Advokasi

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2022, Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara penggunaan komputer dan fungsinya. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital . Peserta juga diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali