Kelas Asas Microsoft Word

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara penggunaan Microsoft Word. Peserta juga turut didedahkan dengan elemen seperti ribbon, bentuk, jadual dan carta dalam dokumen Microsoft Word. Setelah itu, peserta diberikan latihan membuat risalah untuk menguji tahap kefahaman terhadap apa yang dah dipelajari.

Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan apa yang telah dipelajari dapat menjadi panduan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali