Kelas Asas Microsoft Excel & Powerpoint
22 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 21 Ogos 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Excel & PowerPoint yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta.
Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara penggunaan Microsot Excel dan pengiraan ringkas. Selain itu, peserta juga diberikan latihan Excel bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan asas pengiraan dalam Microsoft Excel. Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan penggunaan Microsoft PowerPoint dalam membuat slaid persembahan. Sejurus kelas tamat, peserta telah diberikan latihan asas PowerPoint bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap penggunaan PowerPoint.
Diharap ilmu yang dikongsi bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: