Kelas Asas Microsoft PowerPoint

21 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2022, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft PowerPoint yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta lepasan STPM.

Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara penggunaan asas Microsoft PowerPoint serta fungsinya. Selain itu, di penghujung kelas, peserta telah diberikan latihan untuk membuat slide pembentangan bagi meningkatkan lagi pemahaman para peserta dengan apa yang telah dipelajari.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali