Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 1
29 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mei 2022, Sabtu yang lepas, PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 1 pada pukul 9:30 pagi sehinggalah pukul 12:00 tengah hari. Kursus tersebut dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai kursus ini.
Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Setiap selesai satu sesi, peserta dikehendaki menjawap kuiz untuk menguji tahap kefahaman terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: