Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 1

23 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2022, Khamis, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 1 pada pukul 3:00 petang sehingga 4.00 petang melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 4 dari seluruh Malaysia. Dalam sesi ini, penerima anugerah Impressive Volunteer Award 2021 iaitu Tuan Zuhair Calvin bin Mohd Firdaus telah membuat perkongsian tentang penerimaan komuniti terhadap aktiviti advokasi.

Selain itu, Puan Siti Rahmah bin Ruslan selaku penerima anugerah Best Volunteer Award 2022 turut berkongsi bagaimana aktiviti sukarelawan membantunya dalam perniagaan.

Perkongsian dan pengalaman yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi suntikan semangat dan ilmu untuk sukarelawan yang lain seterusnya dapat melancarkan lagi pelaksanaan program MIVO 4.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali