Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 2

30 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Disember 2022, Khamis, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 2 pada pukul 3:00 petang sehingga 4.00 petang melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 4 dari seluruh Malaysia. Dalam sesi ini, penerima anugerah MIV Superstar Award 2022 iaitu Tuan Hailmey bin Ikhsan telah membuat perkongsian tentang nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam kalangan murid melalui aktiviti kesukarelawan.

Selain itu, Tuan Hailmey juga berkongsi tentang aktiviti-aktiviti berkaitan MIV yang telah dianjurkannya di sekolah. Pelbagai usaha dan aktiviti menarik yang telah dilakukan sepanjang pelaksanaan program yang mampu menarik minat sukarelawan lain.

Perkongsian dan pengalaman yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi suntikan semangat dan ilmu baru untuk semua sukarelawan terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali