Kelas Asas Komputer dan Advokasi
30 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Advokasi yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh lima orang pelajar sekolah.
Dalam kelas ini, peserta dibimbing cara penggunaan komputer dan fungsinya. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital . Pelajar juga diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan bahaya buli siber dan cara mencegah buli siber.
Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: