Lawatan Kerja oleh Tn. Haji Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC ke PEDi Rantau Panjang

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2022, Rabu, PEDi Kg. Jeriah telah terlibat sama dalam Lawatan kerja oleh Tn. Haji Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Komuniti, MCMC ke PEDi Rantau Panjang. Lawatan kerja tersebut bermula pukul 11:30 pagi dan berakhir pada pukul 2:00 petang.

Sesi lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian tentang Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang oleh pengurus PEDi. Seterusnya, para rombongan lawatan beramah mesra dengan para usahawan yang datang ke PEDi. Pelbagai jenis produk dipamerkan seperti produk kraftangan manik, kek lapis, selendang sulam dan Monster Burger.

Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar. Lawatan kerja tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya memperkenalkan produk-produk usahawan dengan lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali