Bengkel MIV Online Sukarelawan Untuk Semua 4 (MIVO 4)

4 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2022, Sabtu, staf PEDi Kg. Jeriah telah Bengkel MIV Online Sukarelawan Untuk Semua 4 (MIVO 4) pada pukul 9.15 pagi sehingga 11.00 pagi melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 4 dari seluruh Malaysia. Dalam sesi ini, sukarelawan MIV dibimbing cara melaksanakan program dan diberi pendedahan tentang pelaksanaan MIV yang lepas.

Pihak penganjur juga menyediakan bahan untuk kegunaan sukarelawan di samping melancarkan lagi pelaksanaan program itu nanti. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada komuniti dan para sukarelawan juga berpeluang menimba pengalaman yang berharga sebagai sukarelawan MIVO

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali