MIVO 4: Klik Dengan Bijak

4 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 3 December 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan program MIV Online Sukarelawan untuk Semua 4 (MIVO 4): Klik Dengan Bijak yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Program tersebut telah dihadiri oleh 9 orang peserta sekolah rendah.

Dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan program dan objektif penganjuran MIVO 4 iaitu untuk mewujudkan penggunaan digital secara positif dikalangan masyarakat tanpa mengira kaum, status, umur dan jantina. Diharapkan dengan adanya program seperti MIV ini, ia dapat menyebarkan dan menyampaikan penggunaan internet atau digital dengan betul kepada masyarakat.

Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan topik-topik Klik Dengan Bijak seperti Pengantunan dalam Talian dan Penyebaran Maklumat Palsu. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini, para peserta dapat menggunakan internet dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali