PUPUK@Shopee 2022 Campaign - Online Training
10 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2022, Jumaat, pihak MCMC dengan kerjasama Shopee telah mengadakan kursus secara atas talian untuk PUPUK@Shopee 2022 Campaign yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:30 petang melalui aplikasi Livestorm. Sesi tersebut telah dihadiri oleh semua staf PEDi di seluruh Malaysia.
Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar bagaimana untuk mengajar penjual cara untuk memasarkan produk mereka secara strategik di Shopee menggunakan alat penjual di Pusat Penjual. Selain itu, staf PEDi juga turut diajar bagaimana untuk meningkatkan prestasi sesebuah kedai dengan memaksimumkan keterlihatan produk atau kedai melalui penyertaan dalam Kempen Shopee dan Iklan Shopee. Di samping itu juga, staf PEDi turut dilatih untuk mengajar penjual cara membawa trafik luar ke kedai Shopee mereka menggunakan Pengoptimuman Enjin Carian. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh pihak Shopee.
Diharap program seperti ini berterusan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: