E-Learning & Advokasi
24 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan E-Learning & Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang peserta sekolah. Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan topik-topik seperti Klik Dengan Bijak (KDB), oversharing, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan permainan dalam talian. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini, para peserta dapat menggunakan internet dengan lebih berhemah dan bertanggungjawab.
Di akhir kelas, para peserta dikehendaki menjawab kuiz bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka tentang topik yang telah dibincangkan. Selesai kelas advokasi, para peserta seterusnya didedahkan dengan E-Learning dan telah diminta untuk mencari video tutorial origami di platform Youtube. Mereka dikehendaki untuk membuat satu origami dengan berpandukan video tutorial pilihan masing-masing. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: