Kelas Asas Komputer dan Advokasi

18 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Komputer yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 1 orang peserta. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing tentang tatacara penggunaan komputer dengan betul serta fungsi setiap komponen. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan Pusat Ekonomi Digital . Peserta juga diberikan latihan untuk membiasakan mereka dengan komputer. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali