Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

15 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong masih lagi giat dijalankan. Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dalam menggunakan hak kebebasan bersuara. Terdapat lima garis panduan dalam menggunakan hak kebebasan bersuara. Yang pertama adalah beringat bila bercakap. Kita perlu berwaspada dalam pertuturan. Bak kata pepatah,” Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Yang kedua, bercakap benar. Kita bebas meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.

Seterusnya ialah bijak menilai. Kita perlu fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari. Garis panduan yang seterusnya iailah luahkan pendapat berdasarkan fakta. Kita perlu menentusahkan fakta sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar. Manakala, garis panduan yang terakhir adalah beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian. Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat. Diharap kempen ini berkesan dan dapat memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya menggunakan hak kebebasan bersuara dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali