Bimbingan Kerjaya

25 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2022, Jumaat, PEDi Kg. Jeriah telah mengadakan program bimbingan kerjaya yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Bimbingan kerjaya tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta lepasan SPM. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing untuk mendaftar dan memohon jawatan di dalam portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Para peserta juga dikehendaki untuk menyemak dan memastikan setiap butiran maklumat yang diisi adalah betul. Diharapkan program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali