PUPUK@Shopee 2022 Campaign - Online Training

10 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2022, Jumaat, pihak MCMC dengan kerjasama Shopee telah mengadakan kursus secara atas talian untuk PUPUK@Shopee 2022 Campaign yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 12:00 petang melalui aplikasi Livestorm. Sesi tersebut telah dihadiri oleh semua staf PEDi dari Zon Selatan, Sabah dan Sarawak. Semasa sesi berlangsung, staf PEDi telah diajar bagaimana untuk mengajar penjual untuk mula menjual di Shopee dengan rangkuman asas perniagaan dari membuat kedai Shopee, pemasaran untuk meningkatkan lalu lintas dan memenuhi pesanan.

Selain itu, staf PEDi juga turut diajar bagaimana untuk meningkatkan prestasi kedai dengan meneroka ciri-ciri, alatan dan program yang tersedia di Shopee, bagaimana untuk memperbaiki khidmat pelanggan serta bagaimana untuk mengekalkan status akaun yang sihat sekaligus memastikan operasi kedai berjalan dengan lancar. Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab oleh pihak Shopee. Diharap program seperti ini berterusan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali