Kelas Interaktif Powerpoint

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2022, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Interaktif Powerpoint yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh empat orang pelajar sekolah. Dalam kelas ini, para peserta telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft Powerpoint secara interaktif. Selain itu, para peserta turut diajar cara untuk menghasilkan permainan ringkas iaitu “Maze Game” menggunakan Powerpoint. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya membantu mereka dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali