Bimbingan Usahawan Digital

14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2022, Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah membimbing pengusaha Kedai Makan Jalan Nanas dalam penggunaan Aplikasi FoodPanda dan halaman Facebook. Pihak PEDi Jeriah telah telah memberi bimbingan bermula dengan bimbingan pendaftaran dalam aplikasi FoodPanda pada April yang lepas. Selain itu, PEDi Kg. Jeriah juga memberi bimbingan dari aspek penciptaan logo dan pengurusan halaman Facebook termasuk dari aspek kemaskini maklumat, promosi kedai makan dan banyak lagi. Kini Kedai Makan Jalan Nanas telah berjaya meluaskan perniagaan dengan penyertaan bersama platform FoodPanda. Diharap dengan penyertaan ini, jualan dan sambutan komuniti kepada Kedai Makan Jalan Nanas meningkat dan terus maju.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali