Kelas Asas Microsoft Word
19 September 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2022, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 1 orang peserta. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing cara asas penggunaan Microsoft Word. Peserta kemudiannya didedahkan dengan elemen seperti ribbon, bentuk, jadual dan carta dalam dokumen Microsoft Word. Di penghujung kelas, peserta telah diberikan latihan membuat risalah untuk menguji tahap kefahaman terhadap apa yang dah dipelajari. Diharap kelas seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan apa yang telah dipelajari dapat menjadi panduan pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: