Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 10

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2023, Khamis, staf PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Sembang Santai Terbuka Mingguan MIVO 4 Sesi 10 pada pukul 3 petang sehinggalah 4 petang melalui aplikasi Zoom. Program ini adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Program ini disertai oleh sukarelawan MIVO 4 dari seluruh Malaysia. Sepanjang sesi tersebut, Ts. Md. Tahir Musa iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti MCMC telah membuat perkongsian tentang topik maklumat palsu. Penyebaran maklumat palsu terutamanya di media sosial semakin berleluasa kini. Sehubungan dengan itu, pihak MCMC mengambil inisiatif untuk mewujudkan program bagi memberi kesedaran kepada netizen tentang pentingnya kerjasama dalam membanteras penyebaran maklumat palsu ini.

Selesai sesi perkongsian, kuiz MyCyberGenius telah diadakan bagi menguji tahap kefahaman para peserta program. Program berjalan dengan lancar dan dapat dijayakan dengan baik. Penyertaan mendapat sambutan yang baik daripada sukarelawan MIV dari seluruh Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali