Kelas Asas Microsoft Word

13 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang peserta.

Di dalam kelas asas Microsoft Word ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word. Bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari, para peserta telah diberikan latihan untuk membuat risalah sebelum kelas berakhir.

Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali