Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 4

15 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 4 pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 9 orang peserta telah menyertai kursus ini.

Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan cara penyediaan makanan yang betul, kebersihan dan keselamatan makanan serta faktor - faktor kritikal keracunan makanan. Para peserta dikehendaki menjawap kuiz selepas selesai setiap sesi untuk menguji tahap kefahaman terhadap perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali