Kempen Pengumpulan Buangan Elektronik & Elektrik (Bee)

17 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah telah menyertai Kempen Pengumpulan Buangan Elektronik & Elektrik (Bee) anjuran Majlis Perbandaran Sibu. Kempen tersebut bertempat di parkir berbumbung Wisma Sanyan Sibu bermula pada pukul 9:00 pagi sehinggalah pukul 4:00 petang.

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul pelbagai jenis sisa buangan elektronik dan elektrik. Antara sisa buangan yang berjaya dikumpulkan adalah seperti telefon pintar, laptop, tablet, aksesori komputer, penghawa dingin serta barangan elektrik yang lain.

Diharapkan penganjuran kempen seperti ini terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar pencemaran alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali